1. Definisi Pemikiran Kritis
Pemahaman mengenai definsi pemikiran kritis harus dilihat dari pelbagai sudut. Hal ini kerana, maksud pemikiran kritis ini amat luas dan mendalam. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa definisi mengenai pemikiran kritis.
a) Berfikir secara serius dan seterusnya membuat pertimbangan dari padanya (Dewey. 1933)
b) Memfokuskan sesuatu hujah. (Hitchock, 1983)
c) Membina makna persekitaran dengan cara memeriksa proses bberfikir untuk menentukan dan memperbaiki kefahaman. (Chaffe, 1990)
1.2 Maksud perkataan Kritis.
a) Perkataan KRITIS berasal dari satu perkataan inggeris iaitu “CRITIC” kata dasar “KRITIS” merupakan perkataan GREEK “GRITHS” yang membawa erti menimbang.
b) Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan, dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah.
c) Pemikiran kritis/kritikal ditakrif sebagai pengunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
2.0 Kepentingan Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
a) Bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan unutk berhujah secara lebih berkesan.
b) Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan iaitu cara emberi alasaan untuk meyokong atau menentang sesuatu pendapat.
c) Merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
d) Penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
e) Dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
f) Mempromosikan daya pemikiran kreatif.
2.1 Ciri-ciri Pemikiran Kritis.
a) Reaktif.
b) Penilaian.
c) Analisis.
d) Logik.
2.2 Contoh-contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis.
a) Membanding atau membeza.
b) Membuat kategori.
c) Menerangkan sebab.
d) Membuat ramalan.
e) Membuat inferens.
No comments:
Post a Comment