Tuesday 27 March 2018

Isu semasa di dalam teknologi.

1. Kontroversi Kereta Uber Robot

        Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo yang digunakan sebagai Uber dan beroperasi tanpa pemandu telah melanggar seorang pejalan kaki sehingga menemui ajal. Mangsa merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Elaine Herzberg, 49, dikatakan sedang melintas jalan dengan basikalnya apabila dia tiba-tiba dilanggar kenderaan yang bergerak pada kelajuan 64 kilometer per jam (kmj) di zon yang diwartakan untuk had kelajuan 56kmj itu. Siasatan yang dijalankan pihak polis Tempe mendapati tiada tanda-tanda signifikan kenderaan tersebut memperlahankan kelajuannya sebelum kemalangan itu. Sehubungan itu, pejabat Peguam Maricopa County, Arizona akan menentukan sama ada dakwaan akan difailkan. 

        Uber sebenarnya telah membuat ujian terhadap kereta yang boleh bergerak tanpa pemandu itu sejak tahun lepas di Arizona. Apabila Uber memulakan ujian di California pada 2016, kenderaan tersebut telah melanggar lampu isyarat sehingga menimbulkan perdebatan membabitkan pihak berkuasa San Francisco. Disemarakkan pula dengan tragedi di Tempe tersebut, ia segera menimbulkan perdebatan sama ada kenderaan yang boleh bergerak sendiri tanpa pemandu atau juga digelar sebagai kereta robot boleh dibenarkan beroperasi secara rasmi tanpa menggugat keselamatan khususnya orang awam.

         Dalam pada itu, Uber telah menggantung semua ujian daripada dilakukan di bandar-bandar seluruh AS. Pihak Volvo dan Toyota yang menjalinkan kerjasama dengan Uber. Bagaimanapun enggan mengulas tentang masa depan syarikat kereta sewa itu. Pensyarah di Arizona State University, Michael G Bennet berkata, tragedi yang berlaku itu menimbulkan kepentingan terhadap suatu reformasi dalam teknologi ciptaan kereta robot. " Tragedi di Tempe tersebut telah menimbulkan perdebatan terhadap nilai teknologi kereta robot terhadap kehidupan manusia sejagat" katanya. 

           Sementara itu Pengarah Perunding Teknologi dan Privasi Consumer Watchdog, John M. Simpson berkata, tragedi itu segera menimbulkan isu akan keperluan terhadap undang-undang ketat bagi menghadapi kemajuan dalam ciptaan teknologi kereta robot. Kereta robot tidak boleh menjangka secara tepat kelakuan manusia dan masalah utama timbul adalah dalam interaksi antara kenderaan robot itu dan manusia. Teknologi tersebut sebenarnya belum bersedia untuk dikomersialkan dan tragedi di Tempe.

2. Sistem Baru Tol Malaysia.

  Sejak kebelakangan ini, kebanyakan plaza tol di Malaysia telah melaksanakan sistem elektronik tanpa tunai bagi memudahkan dan mempercepat pergerakan kenderaan. Ini kerana pihak berkuasa akan memperkenal sistem terbaru yang lebih canggih, moden, dan efisien dengan menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID)

  Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA) Datuk Ismail Md Salleh baru-baru ini mengumumkan bahawa sistem pembayaran digital terbaru yang menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection) berasaskan RFID ini akan menggantikan sistem yang sedia ada.

Sistem RFID yang bakal diaplikasi ini adalah lebih cekap dan lebih canggih daripada menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG untuk membayar di plaza tol.

Dengan sistem ini juga, pengguna jalan raya hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahan atau berhenti sepenuhnya. Sensor di plaza tol akan mengesan tag dan debit secara automatik.


        

No comments:

Post a Comment

Isu semasa di dalam teknologi.

1. Kontroversi Kereta Uber Robot         Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo yang digunakan sebagai Uber dan beroperasi tanpa pema...