Tuesday 27 March 2018

Isu semasa di dalam teknologi.

1. Kontroversi Kereta Uber Robot

        Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo yang digunakan sebagai Uber dan beroperasi tanpa pemandu telah melanggar seorang pejalan kaki sehingga menemui ajal. Mangsa merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Elaine Herzberg, 49, dikatakan sedang melintas jalan dengan basikalnya apabila dia tiba-tiba dilanggar kenderaan yang bergerak pada kelajuan 64 kilometer per jam (kmj) di zon yang diwartakan untuk had kelajuan 56kmj itu. Siasatan yang dijalankan pihak polis Tempe mendapati tiada tanda-tanda signifikan kenderaan tersebut memperlahankan kelajuannya sebelum kemalangan itu. Sehubungan itu, pejabat Peguam Maricopa County, Arizona akan menentukan sama ada dakwaan akan difailkan. 

        Uber sebenarnya telah membuat ujian terhadap kereta yang boleh bergerak tanpa pemandu itu sejak tahun lepas di Arizona. Apabila Uber memulakan ujian di California pada 2016, kenderaan tersebut telah melanggar lampu isyarat sehingga menimbulkan perdebatan membabitkan pihak berkuasa San Francisco. Disemarakkan pula dengan tragedi di Tempe tersebut, ia segera menimbulkan perdebatan sama ada kenderaan yang boleh bergerak sendiri tanpa pemandu atau juga digelar sebagai kereta robot boleh dibenarkan beroperasi secara rasmi tanpa menggugat keselamatan khususnya orang awam.

         Dalam pada itu, Uber telah menggantung semua ujian daripada dilakukan di bandar-bandar seluruh AS. Pihak Volvo dan Toyota yang menjalinkan kerjasama dengan Uber. Bagaimanapun enggan mengulas tentang masa depan syarikat kereta sewa itu. Pensyarah di Arizona State University, Michael G Bennet berkata, tragedi yang berlaku itu menimbulkan kepentingan terhadap suatu reformasi dalam teknologi ciptaan kereta robot. " Tragedi di Tempe tersebut telah menimbulkan perdebatan terhadap nilai teknologi kereta robot terhadap kehidupan manusia sejagat" katanya. 

           Sementara itu Pengarah Perunding Teknologi dan Privasi Consumer Watchdog, John M. Simpson berkata, tragedi itu segera menimbulkan isu akan keperluan terhadap undang-undang ketat bagi menghadapi kemajuan dalam ciptaan teknologi kereta robot. Kereta robot tidak boleh menjangka secara tepat kelakuan manusia dan masalah utama timbul adalah dalam interaksi antara kenderaan robot itu dan manusia. Teknologi tersebut sebenarnya belum bersedia untuk dikomersialkan dan tragedi di Tempe.

2. Sistem Baru Tol Malaysia.

  Sejak kebelakangan ini, kebanyakan plaza tol di Malaysia telah melaksanakan sistem elektronik tanpa tunai bagi memudahkan dan mempercepat pergerakan kenderaan. Ini kerana pihak berkuasa akan memperkenal sistem terbaru yang lebih canggih, moden, dan efisien dengan menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID)

  Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA) Datuk Ismail Md Salleh baru-baru ini mengumumkan bahawa sistem pembayaran digital terbaru yang menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection) berasaskan RFID ini akan menggantikan sistem yang sedia ada.

Sistem RFID yang bakal diaplikasi ini adalah lebih cekap dan lebih canggih daripada menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG untuk membayar di plaza tol.

Dengan sistem ini juga, pengguna jalan raya hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahan atau berhenti sepenuhnya. Sensor di plaza tol akan mengesan tag dan debit secara automatik.


        

Sunday 25 March 2018

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Maklumat.

Kebaikan Teknologi:

1. Memudahkan kerja seharian
 Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh, dan peti ais adalah contoh alatan yang telah meringgankan beban buat ara surirumah di Malaysia dan hampir setiap rumah di Malaysia mempunyai peralatan tersebut. Teknologi bukan sahaja membantu di rumah malahan di pejabat juga. Misalnya penggunaan mesin fotostat telah memudakan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen.  Disamping itu penggunaan aplikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya.

2. Menjimatkan masa
  Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat teknologi pengankutan telah menjimatkan masa perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk peri dan balik bekerja. Ianya dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kesesakan lalulintas sekaligus dapat mengurangkan tekanan mereka sekiranya mereka memandu.

3. Kemudahan Komunikasi.
  Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Pada masa dahulu mereka mengharapkan medium seperti , telefon dan televisyen.  Kini dengan perkembangan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Keburukan Teknologi:

1. Jenayah
  Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam dan sebagainya. Jenayah siber amat berleluasa pada waktu ini dan ia sukar dibendung. Kecanggihan teknologi ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.

2. Mengancam Nyawa Manusia.
  Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia. Terdapat juga keburukan di sebalik kebaikan itu. Tragedi di Ukraine yang berlaku pada tahun 1896 merupakan tragedi nuklear yang paling teruk pernah berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara lain iaitu Belarus, Ukraine dan Rusia. Kesan radiasi ini telah memberi impak buruk kepada manusia kerana boleh dijangkiti penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.

3. Menjejaskan kesihatan.
  Pada waktu kini terdapat banyak makanan dalam tin yang terus boleh dimakan. Pernahkah kita terfikir apa kandungan di dalam tin tersebut atau adakah selamat untuk dimakan? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas.

Peranan Teknologi Maklumat.

Semakin hari semakin maju teknologi ang dicipta oleh manusia. Berbagai-bagai kemudahan yang terhasil daripada teknologi ini. Setiap teknologi ini memainkan peranan yang berbeza-beza. Contohnya telefon bimbit dan radio. Walaupun kedua-dua alat ini dilihat sama tetapi peranan mereka berbeza. Dengan setiap kelebihan yang ada pada alat ini, ia dapat membantu manusia menjalankan tugas harian mereka.

Peranan pertama teknologi maklumat adalah dariada media massa. Media massa ini dapat membuka minda manusia supaya. Maksudnya disini ialah mereka boleh melihat dunia luar dengan lebih terperinci. Antara medium di dalam media massa ini adalah televisyen. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada televisyen ini. Melalui televisyen, Kita akan dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik dan ia boleh diulang pada bila-bila masa sahaja. Antara pencapaian terbesar dalam dunia teknologi adalah telefon bimbit. Sejak terciptanya telefon bimbit, manusia semakin mudah untuk berhubung. Lantas teknologi ini daat menjimatkan masa dan memudahkan kerja mereka.

Selain itu, maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Teknologi maklumat dan komunikasi memberi kemudahan untuk masyarakat memperolehi maklumat. Pelbagai alat teknologi dan komunikasi digunakan dalam menyebarkan maklumat dan mencari maklumat seperti komputer yang mempunyai kemudahan internet. Kita boleh memperolehi maklumat untuk kepentingan diri sendiri seperti mencari maklumat mengenai pelajaran, dengan cara ini kita dapat mencapai kejayaan dengan lebih mudah.

Bukan dengan itu sahaja, malah masyarakat boleh menjana pendapatan dengan bantuan teknologi dan maklumat ini. Pada zaman ini, berbagai cara boleh digunakan untuk meraih pendapatan. Bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka peluang kepada masyarakat untuk mencari wang untuk menyara kehidupan. Pada masa kini telah ramai anak muda membuat perniagaa secara atas talian.  Perniagaan ini tidak memerlukan pekerja yang ramai dan kerja boleh dihasilkan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah menggunakan kaedah ini untuk memudahkan pihak masyarakat membayar cukai.

Akhir sekali, peranan teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak menyediakan kemudahan dalam perhubungan untuk pembangunan manusia sejagat. Jika seseuatu teknologi digunakan dengan baik, sudah pasti ia aka mendatangkan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi yang semakin maju ini akan lebih memudahkan kerja seharian manusia. Dengan teknologi yang semakin maju ini mereka dapat berhubung dan mendapat maklumat dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Antara fungsi-fungsi teknologi maklumat dan komunikasi adalah:

1. Teknologi maklumat dan komunikasi dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
2. Guru-guru juga boleh mempunyai maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi sepertiCD Rom, cakera padat, video, komputer, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data dan lain-lainnya.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvesional perlu dihapuskan sama sekali.
4. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan adanya teknologi ini, pengguna tidak perlu sentiasa membawa wang yang banyak. Mereka boleh membuat pembayaran hanya secara atas talian. Mereka juga boleh membeli barangan tanpa bersesak dan dapat menjimatkan masa mereka.

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi  menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan  dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.

Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.

(ICT) adalah satu lagi istilah termaju untuk teknologi maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon dan isyarat tanpa wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan, dan sistem audio visual yang diperlukan, yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan, menghantar dan memanipulasi maklumat.

Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat

Istilah "teknologi maklumat" mula muncul pada sekitar tahun 1970-an. Bermula pada abad ke-20. banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan pelbagai sektor dari segi teknologi. Antara sektor-sektor yang dibangunkan adalah sektor elektronik, sektor perkomputeran, dan bidang-bidang teknologi yang lain. Pada waktu itu, banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersil pertama yang dihasilkan adalah UNIVAC I yang direka oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 1970-an pula, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langka yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan mempunyai pelbagai fungsi. Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi kedua menggunakan dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI)

Saturday 24 March 2018

Kepentingan Pemikiran Kreatif

3.0 Definisi Pemikiran Kreatif.
a) Kamus Dewan (2000) memberi maksud berfikiran kreatif sebagai mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.
b) Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

3.1 Kepentingan Pemikiran Kreatif.
a) Dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.
b) Idea baru terhasil melalui ilham atau idea-idea baru yang ada.

3.2 Proses-proses Dalam Pemikiran Berfikir Secara Kreatif.
a) Meramal.
b) Menjana idea.
c) Membuat inferens.


3.3 Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
a) Mencipta analogy.
b) Menjana dan menghasilkan idea baru.
c) Mencipta metafora.



Kepentingan Pemikiran Kritis


1. Definisi Pemikiran Kritis
  Pemahaman mengenai definsi pemikiran kritis harus dilihat dari pelbagai sudut. Hal ini kerana, maksud pemikiran kritis ini amat luas dan mendalam. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa definisi mengenai pemikiran kritis.

a) Berfikir secara serius dan seterusnya membuat pertimbangan dari padanya (Dewey. 1933)

b) Memfokuskan sesuatu hujah. (Hitchock, 1983)

c) Membina makna persekitaran dengan cara memeriksa proses bberfikir untuk menentukan dan memperbaiki kefahaman. (Chaffe, 1990)


1.2 Maksud perkataan Kritis.
a)  Perkataan KRITIS berasal dari satu perkataan inggeris iaitu “CRITIC” kata dasar “KRITIS” merupakan perkataan GREEK “GRITHS” yang membawa erti menimbang.
b)  Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan, dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah.
c)  Pemikiran kritis/kritikal ditakrif sebagai pengunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.



2.0 Kepentingan Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
a) Bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan unutk berhujah secara lebih berkesan.
b) Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan iaitu cara emberi alasaan untuk meyokong atau menentang sesuatu pendapat.
c) Merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
d) Penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
e) Dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
f) Mempromosikan daya pemikiran kreatif.

2.1 Ciri-ciri Pemikiran Kritis.
a) Reaktif.
b) Penilaian.
c) Analisis.
d) Logik.


2.2 Contoh-contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis.
a) Membanding atau membeza.
b) Membuat kategori.
c) Menerangkan sebab.
d) Membuat ramalan.
e) Membuat inferens.

Isu semasa di dalam teknologi.

1. Kontroversi Kereta Uber Robot         Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo yang digunakan sebagai Uber dan beroperasi tanpa pema...